PANDANGAN MEDIA UNTUK PAT MBM 2010
The Star, Wednesday January 6, 2010:
“The reason why I am willing to compromise is because the mood out there is that youth movements should be depoliticised. Both Maliki and I are non-politicians with a history in youth organisations,” said Sukor.
Berita Harian,Jumaat 8 Jan 2010
Mohd Sukor Md Yusof juga menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden
Apa yang penting sekarang adalah perjuangan Belia yang tiada nokhtah
Insya-Allah!
PERASAAN HASAD DENGKI DAN NILAI SEORANG SUKARELAWAN
Telah menjadi sunnatullah, setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemuanya ini telah menjadi qadha Allah dan ketentuanNya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmatNya terhadap hamba-hambaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.
Dalam memelihara keimanan dan tingkah laku kita sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita berasa senang dengan kesenangan dan kelebihan yang diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi, apa yang sering kita lihat, sejak dari zaman Nabi Adam lagi hingga sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini, jika tidak dirawati, lama kelamaan akan membawa padah yang amat buruk pada diri manusia itu sendiri dan pada masyarakat sekelilingnya.
Allah s..w.t telah menjelaskan kenyataan ini melalui firmanNya di dalam surah Ali-Imran, ayat 120, Yang bermaksud:
“Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.”
MBM tumpu perkongsian pintar 3K
Menyelami Partisipasi Politik Belia
Sumber: Saifuddinabdullah on: Julai 1, 2009
Pada 4 Julai 2009, genaplah 100 hari saya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dalam tempoh itu, tema utama yang saya bincangkan ialah partisipasi belia dalam politik. Antara topik yang sering timbul ialah sokongan belia terhadap BN, Presiden US Barack Obama dan calon Presiden Iran Mir Hossein Mousavi, serta politik kampus.
Perbincangan ini timbul melalui pelbagai cara: dalam mesyuarat, dialog dengan khalayak ramai, diskusi kumpulan kecil, sembang petang yang santai, e-kumpulan, emel, laman web, blog, facebook dan sebagainya.
Di sebalik segala perbincangan tersebut, saya berpendapat bahawa kita belum memahami sepenuhnya realiti sebenar partisipasi politik di kalangan belia. Setakat keputusan satu pilihan raya umum serta kajian dan statistik yang terhad, walaupun iadapat menerangkan sebahagian daripada apa yang telah berlaku, tetapi ia tidak dapat menerangkan secara tepat akan kedudukan dan realiti sebenar pada masa hadapan.
Hari Belia Negara 2009 membawa konsep 1Belia 1Malaysia

Dataran Pahlawan, Melaka
Melaka, 15 Mei – Konsep 1Belia 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2009 diyakini mempu memperkasakan golongan belia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd. Yassin berkata konsep itu menekankan hubungan lebih erat di kalangan pemimpin negara dan kerajaan adalah bertujuan melihat golongan belia turut memainkan peranan utama dalam memajukan Malaysia.
“Saya percaya dengan konsep dan pendekatan yang akan digunakan nanti, ia akan menaikkan martabat dan kedudukan belia pada tahap yang lebih tinggi daripada sebelum ini. Tambah beliau lagi, “Ini bermakna peranan belia akan menjadi lebih penting dalam dekad-dekad yang akan datang dan tentunya kita mengharapkan konsep 1Belia 1Malaysia akan mewujudkan gandingan mantap yang boleh membawa negara ke era masa depan yang lebih cemerlang.”



