Arkib

Arkib Pengarang

RM4,423 untuk Aman Palestin

Mac 3, 2012 1 komen
Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Utara bertarikh 20 Februari 2012
PERMATANG PAUH – Dalam usaha meringankan penderitaan rakyat Palestin, Pelajar Luar Kampus (PLK) jurusan Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang mengambil inisiatif mengumpul dana untuk Tabung Aman Palestin.
Wakil pelajar, Mohd Azrin Mohd Salim berkata, sebanyak RM4,423 berjaya dikumpulkan kumpulannya yang terdiri daripada lima ahli melalui sumbangan beberapa buah syarikat dan orang perseorangan.
Menurutnya, meskipun kutipan hanya dibuat dalam tempoh seminggu, namun mereka berbangga kerana usaha yang dilakukan mendapat kerjasama pihak berkenaan.
“Idea untuk membuat kutipan ini dating dari Pensyarah Subjek Perhubungan Awam, Mohd Sukor Md Yusof. Dia yang menggalakkan kami untuk menganjurkan program ini yang mana ia turut menyumbang kepada 40 markah subjek.
“Kutipan yang dibuat akan diserahkan kepada wakil Aman Palestin untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Kami tidak mampu menyumbang tenaga, sekurang-kurangnya dengan wang ini mungkin dapat membantu meringankan penderitaan yang mereka alami, selain salah satu cara untuk kami berjuang menuntut keamanan di Palestin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas majlis penyerahan replica cek untuk Tabung Aman Palestin kepada Pengerusi Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang, Budiyanto Unggun di Hotel UiTM Cawangan Pulau Pinang, di sini, kelmarin.
Terdahulu, pada majlis berkenaan turut diadakan ceramah berkaitan Palestin yang dihadiri pensyarah dan penyumbang.
Sedang menyampaikan ceramah yang bertajuk Selamatkan Masjid Al-Aqsa.
Menerima cenderahati daripada En Mohd Sukor.

Credit kepada: http://amanpalestinpp.blogspot.com

Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Utara bertarikh 20 Februari 2012
PERMATANG PAUH – Dalam usaha meringankan penderitaan rakyat Palestin, Pelajar Luar Kampus (PLK) jurusan Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang mengambil inisiatif mengumpul dana untuk Tabung Aman Palestin.
Wakil pelajar, Mohd Azrin Mohd Salim berkata, sebanyak RM4,423 berjaya dikumpulkan kumpulannya yang terdiri daripada lima ahli melalui sumbangan beberapa buah syarikat dan orang perseorangan.
Menurutnya, meskipun kutipan hanya dibuat dalam tempoh seminggu, namun mereka berbangga kerana usaha yang dilakukan mendapat kerjasama pihak berkenaan.
“Idea untuk membuat kutipan ini dating dari Pensyarah Subjek Perhubungan Awam, Mohd Sukor Md Yusof. Dia yang menggalakkan kami untuk menganjurkan program ini yang mana ia turut menyumbang kepada 40 markah subjek.
“Kutipan yang dibuat akan diserahkan kepada wakil Aman Palestin untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Kami tidak mampu menyumbang tenaga, sekurang-kurangnya dengan wang ini mungkin dapat membantu meringankan penderitaan yang mereka alami, selain salah satu cara untuk kami berjuang menuntut keamanan di Palestin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas majlis penyerahan replica cek untuk Tabung Aman Palestin kepada Pengerusi Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang, Budiyanto Unggun di Hotel UiTM Cawangan Pulau Pinang, di sini, kelmarin.
Terdahulu, pada majlis berkenaan turut diadakan ceramah berkaitan Palestin yang dihadiri pensyarah dan penyumbang.
Sedang menyampaikan ceramah yang bertajuk Selamatkan Masjid Al-Aqsa.
Menerima cenderahati daripada En Mohd Sukor.
Kategori:Lain-lain

Kaedah lebih berkesan sebar maklumat

Oleh Mohd Sukor Md Yusof

SEBAGAI badan induk menaungi 40 organisasi belia dengan lebih tiga juta ahli yang sudah tentu banyak menggunakan kemudahan teknologi termasuk emel, apa pandangan MBM terhadap projek 1My ini.

Secara keseluruhan, jumlah belia di negara kita iaitu berusia 15 hingga 40 tahun melangkau lebih 11 juta orang dan rata-rata memang terdedah kepada teknologi maklumat, termasuk emel. Sememangnya emel amat popular sebagai saluran komunikasi masa kini selain blog, Facebook dan SMS.

Pencapaiannya juga meluas dan berkesan. Melalui projek 1My, maklumat yang ingin disampaikan dijamin ada kredibiliti. Memang tidak dapat dinafikan khidmat yang ditawarkan melalui emel ini amat diperlukan bagi sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Namun ada juga pihak yang mempunyai tanggapan negatif terhadap projek ini.

Bagi saya, bila sudah ada pihak yang sanggup mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan ini, ia wajar disokong jika matlamatnya betul dan tidak membebankan kerajaan kerana kita perlu ingat duit kerajaan itu adalah duit rakyat. Andai sesuatu inisiatif itu tidak berbaloi dan manfaatnya tak setimpal dengan jumlah yang dibelanjakan, kita kena berhati-hati kerana masih banyak lagi agenda boleh dibuat menggunakan peruntukan kerajaan yang ada.

Tetapi bagi saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang meletakkan sesuatu pada tempat yang sesuai, pengagihan kekayaan secara adil. Cuma satu saja dalam soal Emel 1My ini, kerajaan perlu meneliti supaya perjanjian mengenainya memberi keuntungan kepada semua pihak, kerajaan kena lebih berhati-hati.

Kita faham ada terma tertentu dalam perjanjian tidak boleh dikongsi dengan rakyat, jadi penting buat kerajaan melalui kementerian yang bertanggungjawab memastikan projek ini atau apa juga inisiatif pun tidak merugikan rakyat.

Bagaimana pula dengan aspek keselamatan. Ada pihak sangsi dan khuatir mungkin emel ini juga terdedah kepada risiko pencerobohan atau digodam untuk tujuan tidak betul.

Itulah yang saya katakan awal tadi. Dalam hal ini, kerajaan perlu berhati-hati. Secara keseluruhannya, penceroboh atau penggodam sistem komputer ada di mana-mana di seluruh dunia dan mereka inilah yang melakukan perkara tidak elok supaya hasrat murni yang boleh dimanfaatkan melalui kemudahan teknologi tidak mencapai matlamatnya.

Jadi, kerajaan dan pihak yang menyediakan perkhidmatan itu perlu memastikan perkara terbabit tidak berlaku, sediakan kepakaran yang sewajarnya. Secara peribadi, saya berpendapat projek 1My ini memang satu usaha murni, iaitu kerajaan mahu menyampaikan maklumat kepada rakyat. Memang emel adalah antara saluran paling berkesan untuk tujuan berkenaan, tetapi masih ramai rakyat skeptikal terhadap kemudahan teknologi seperti ini.

Apa pun, jika inisiatif ini digunakan dengan betul, saya yakin kerajaan dan rakyat akan mendapat manfaatnya. Kami di MBM pun sudah beberapa kali ditemui pihak tertentu yang mahu mewujudkan sistem perhubungan seperti ini untuk berhubung dengan lebih tiga juta ahli gabungan, tetapi tidak dapat dilaksanakan buat masa ini kerana ia memerlukan kos yang besar sedangkan kami adalah organisasi bukan bermotifkan keuntungan.

Jika ditanya kecenderungan MBM terhadap kemudahan teknologi ini, memang kami alu-alukan dan sokong projek 1My kerana dengan perkembangan dunia masa kini, perkara seperti ini tidak boleh dielakkan. Kita kena berubah dan jadikan penggunaan teknologi maklumat seperti internet dan emel sebagai budaya hidup, yang patut diguna pakai secara meluas. Kita tak boleh nafikan peranan dan sumbangan kemudahan teknologi, jadi kitalah yang kena mengalah dan terima.

Mungkin rasa sangsi dan skeptikal itu timbul kerana rakyat tidak mendapat penjelasan lebih mendalam mengenai projek ini.

Mungkin juga, saya ambil contoh gagasan 1Malaysia, masih ramai juga rakyat yang tak faham apa makna gagasan ini. Ia adalah satu manifestasi dasar yang kerajaan nak buat. Sebenarnya, banyak lagi dasar kerajaan yang rakyat tak begitu faham, bukan setakat 1Malaysia.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pun ramai lagi yang tak faham. Kumpulan yang tak faham inilah yang terdedah kepada manipulasi pihak tertentu yang sengaja bagi maklumat salah, seterusnya memberi kesan kepada hasrat murni kerajaan, sepatutnya semua itu tidak berlaku.

Rakyat kena faham bahawa projek 1My ini dapat menjadi saluran untuk mendekatkan rakyat dengan dasar kerajaan dan apa juga maklumat yang kerajaan mahu salur serta kongsi. Jika rakyat faham apa yang kerajaan nak buat, sudah pasti ia memberi manfaat kepada negara.

Perlu diingat pembangunan negara memerlukan sokongan semua pihak kerana kerajaan ditubuhkan hasil sokongan rakyat dan akhirnya apa yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk rakyat juga. Perlu juga diingat kita sedang menuju Wawasan 2020, tempohnya bukan lama sangat, hanya sembilan tahun lagi. Jadi, mereka yang selama ini tak tahu atau tidak ambil tahu dasar serta gagasan kerajaan, perlu ambil tahu dan faham.

Akhir sekali, apa kesimpulan yang boleh saudara rumuskan mengenai inisiatif 1My ini.

Kesimpulan saya mudah saja, adakah kerajaan akan buat perkara yang merugikan rakyat? Segala tanggapan buruk dan negatif mengenai projek emel ini pada saya hanya kerana manipulasi pihak tertentu untuk menjaga kepentingan tertentu.

Apa salahnya jika ada pihak swasta mahu bekerjasama dengan kerajaan, ambil alih tanggungjawab tertentu yang selama ini dibuat oleh agensi kerajaan secara berasingan seperti menyalurkan maklumat kerajaan kepada rakyat. Kalau ada pihak swasta mahu bekerjasama dengan kerajaan dan dapat capai persefahaman untuk jayakan kerjasama itu, kita berilah peluang.

Dasar penswastaan yang dicetuskan di negara ini pun adalah dasar kerajaan dan hari ini kita nampak manfaatnya. Projek emel ini adalah manifestasi bahawa syarikat swasta juga ingin sama-sama terbabit, menyumbang kepada negara dan memang jelas matlamatnya adalah baik.

Berilah peluang projek ini melalui proses `trial and error’. Mungkin kerajaan boleh tetapkan tempoh percubaan untuk melihat hasil inisiatif terbaru ini, tapi mungkin juga ada orang akan kata kenapa tak buat kajian mendalam dulu sebelum wujudkan projek ini. Bagi saya kajian akan babitkan kos dan masa, sedangkan kita sudah tak punya banyak masa.

Biar rakyat sendiri tentukan sama ada manfaat inisiatif ini tercapai atau tidak. Ringkasnya, buat dulu dan kemudian nilai. Bagi saya, projek 1My tak ada masalah kerana matlamatnya baik, cuma kerajaan perlu perhatikan soal kos. Rakyat pula perlu positif, jangan buat andaian sebelum sesuatu perkara itu berlaku. Kita laksanakan inisiatif ini dulu, cuba dan selepas itu buatlah keputusan sama ada ia wajar dilaksanakan untuk jangka panjang atau terus dihentikan.

Penulis ialah pensyarah UiTM dan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Sumber:Seksyen Rencana,Berita Harian
Kategori:Isu

Pelancaran Sayembara Puisi Sempena HBN 2011 gamat

Sayembara Penulisan Online Sempena Sambutan HBN 2011

Putrajaya, 7 April 2011-  Penganjuran Sayembara Penulisan Dalam Talian  yang pertama kali diperkenalkan khusus bagi menarik minat belia yang kreatif dalam penulisan untuk menonjolkan bakat mereka sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2011 dilancar.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek,  sayembara tersebut merupakan satu lagi cetusan kreativiti untuk belia yang ingin ditonjolkan dan sebahagian daripada program yang diatur sepanjang HBN 2011.

“Melalui platform baru sayembara secara online ini, dapat mengumpul sebanyak mungkin hasil karya kreatif belia Malaysia seterusnya menjadi pencetus bagi menyemarakkan perpaduan belia seluruh negara”. Katanya ketika melancarkan Sayembara Penulisan Dalam Talian di sini hari ini.

Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Sukor Md. Yusof berkata, penganjuran yang mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini merupakan satu inovasi baru bagi memupuk minat terhadap sastera dalam kalangan remaja dan belia hari ini.

Tambah beliau lagi sayembara yang bermula pada 1 April hingga 16 Mei 2011 terdiri daripada lima kategori iaitu kuiz, cerpen, puisi, esei dan pantun ini terbuka kepada belia warganegara Malaysia yang berumur 16 hingga 40 tahun dengan menawarkan hadiah yang menarik.

Hadir sama pada majlis pelancararan tersebut ialah Ketua Setiausaha KBS; Dato’ Mohid Mohamed, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, DBP, Rosli Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan; Datuk Jamil Salleh.

Belia yang ingin menyertai dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sayembara ini boleh melayari laman web www.sayembara.net dan www.belia2011.org.

Kategori:Belia

Jelajah Proton-MBM-Hari Belia Negara 2011 peringkat Labuan

Mac 31, 2011 1 komen

Labuan, 27 Mac 2011 – Siri Jelajah Proton-MBM-Hari Belia Negara 2011 telah melabuhkan tirainya di Labuan. Delegasi MBM-KBS seramai 35 orang dari Semenanjung telah berangkat ke Labuan setelah selesai siri jelajah peringkat negeri Sabah. Delegasi yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd sukor Md Yusoff, Timbalan Presiden MBM bersama Puan Rohani Abu Hassan, Pengerusi Tetap MBM dan Sdr. Mod Nadzri Yaacob, CEO Sekretariat HBN2011 telah selamat sampai ke jeti Labuan pada jam 7 petang setelah melalui 3 jam perjalanan melalui darat dari Kota Kinabalu ke jeti Menumbok seterusnya 45 minit menaiki bot laju ke Labuan. Delegasi ini disambut dengan mesra oleh Majlis Belia Labuan (MBL) sepanjang program berlangsung. Siri jelajah ini dimulakan dengan program promosi HBN2011 di sekitar bandar Labuan terutamanya di pasar tani dan bazar yang menjadi tumpuan orang ramai pada sebelah paginya. Sejurus selepas itu, konvoi yang disertai oleh 20 buah kereta Proton dan 100 buah motorsikal bergerak mengelilingi pulau Labuan dan berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Labuan. Konvoi ini disambut mesra  oleh Sdr. Mohd Dzulfaizal AB Manan, Presiden MBL dan seluruh exconya. Konvoi ini berakhir pada jam 3 petang
setelah dilancarkan oleh Y. Bhg. Datuk Hj. Yunus B. Hj. Kurus, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Kategori:Belia

Akan Datang : HARI BELIA 2011

Februari 24, 2011 Tinggalkan komen
Kategori:Belia

Interlok tidak rendahkan martabat sesiapa – MBM

Januari 17, 2011 Tinggalkan komen

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Majlis Belia Malaysia (MBM) merumuskan bahawa novel Interlok hasil karya sasterawan Abdullah Hussein tidak mempunyai motif untuk menghina atau merendahkan martabat mana-mana individu atau kumpulan kaum dalam negara.

Perbincangan meja bulat MBM dari Perspektif Belia Malaysia mengenai novel berkenaan hari ini turut merumuskan bahawa ia merupakan satu karya yang jujur serta sarat dengan pengajaran untuk menjadikan pembaca lebih kritis dan menerima peristiwa-peristiwa sejarah yang mengiringi proses pembentukan negara.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee semasa menyampaikan resolusi meja bulat itu kepada pemberita di sini, turut merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan novel ini perlu diberi perhatian serius agar tidak terjadi sebarang kekeliruan tafsiran sehingga boleh menyinggung mana-mana pihak.

Panel meja bulat itu terdiri daripada pakar sastera Dr. Fatimah Busu, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ambigapathy Pandian dan Presiden Persatuan Penulis Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad, Tuan hj Mohd Sukor Md. Yusof sebagai moderator dan dengan Mohamed Maliki bertindak sebagai pengerusinya.

Perbincangan meja bulat itu turut menyelar tindakan individu serta pemimpin politik yang dilihat semakin berani memainkan isu perkauman dan agama demi meraih sokongan serta pengaruh daripada rakyat.

Dr. Ambigapathy ketika ditemui pemberita pula berkata teks Interlok yang diajar dalam subjek Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk pelajar tingkatan lima perlu diajar oleh guru-guru yang berpengalaman serta memahami maksud sebenar konteks teks itu secara keseluruhannya.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya berpendapat teks itu sangat bagus, tetapi bagaimana cara ia diintrepretasikan di dalam kelas adalah penting supaya maksud sebenar sampai dan ia tidak disalah erti oleh para pelajar,” katanya. – Bernama

Kategori:Belia

Tradisi Aidilfitri perlu dipertahan

September 12, 2010 1 komen

Oleh Mohd Sukor Md Yusof

Budaya kunjung mengunjung perlu diteruskan untuk erat hubungan antara kaum

SELEPAS sebulan berpuasa dan beribadah, tiba masanya untuk kita menzahirkan rasa syukur dengan meraikan Aidilfitri. Mana tahu mungkin lebaran kali ini adalah yang terakhir untuk kita. Sesungguhnya peluang yang diberikan untuk mengecapi Ramadan dan seterusnya Aidilfitri perlu dihargai umat Islam negara ini.

Tidak kira siapa kita, Aidilfitri juga menawarkan ruang pencapaian gagasan 1Malaysia yang mengimpikan perpaduan utuh sebagai asas membina negara bangsa yang bersatu padu serta memiliki jati diri yang kukuh.

 Kalau dulu seawal pagi selepas selesai solat sunat Aidilfitri, rutin berikutnya menziarahi pusara ahli keluarga sambil menghadiahkan Al-Fatihah dan surah Yasin. Syiar Aidilfitri diteruskan dengan berkumpul di rumah untuk sesi bermaaf-maafan dengan penuh keikhlasan.

Yang muda memohon keampunan daripada yang tua di samping mengharapkan nasihat dan juga petua, kemudian barulah berjumpa sahabat handai sebelum berkumpul semula dengan keluarga untuk mengunjungi saudara mara.

Firman Allah SWT bermaksud: “Takutilah Allah yang kami mohon kepada-Nya dan hubungkanlah silaturahim” (surah An-Nisa:1).

Betapa mulianya usaha mempereratkan silaturahim ini, justeru jangan lupa menjalinkannya sesama ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.
Malangnya amalan ini semakin terhakis dek perubahan budaya dan gaya hidup masyarakat masa kini. Aidilfitri yang sepatutnya menjadi bukti keperkasaan menundukkan hawa nafsu dan jambatan perpaduan digantikan dengan budaya baru yang mencemarkan kemuliaan Syawal.

Generasi muda hari ini terpesong daripada semangat Aidilfitri yang sebenar. Ada yang menggantikan budaya kunjung mengunjung rumah saudara mara dan sahabat handai dengan kunjungan ke panggung wayang, pusat beli-belah atau lokasi percutian.

Kegembiraan menyambung silaturahim dengan keghairahan melayan rancangan hiburan di televisyen sehingga ada yang tergamak menganggap kehadiran tetamu sebagai pengacau dan hanya mengganggu keseronokan mereka. Sudahlah kaki bagai dirantai hingga sukar melangkah, tetamu yang berkunjung pula tidak diendah.

Hendak bersalaman pun berat sekali dan kalau adapun semata-mata untuk menjaga hati. Lebih parah lagi apabila ada tradisi baru di kalangan kanak-kanak, tidak kira di desa atau di kota. Ramai yang berkunjung rumah ke rumah dan taman ke taman untuk mengumpul ‘dana’. Sampai saja di pintu rumah, tangan dihulur meminta-minta.

Kalau dulu sempat juga bercerita mengenai keluarga tapi kini keikhlasan hampir tiada. Inilah generasi pelapis pemimpin masa depan negara, kemaruk duit dan juga harta. Salah siapa yang membiarkan perkara ini berlaku? Kita khuatir jika tingkah laku tidak beretika ini merebak dan akhirnya menjadi budaya, pastinya merugikan negara.

Persoalannya apakah peranan kita sebagai orang tua? Aidilfitri bukan sekadar perayaan sebaliknya anugerah Allah SWT sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba yang taat serta ikhlas beribadat pada bulan puasa.

Justeru, kita perlu menerangkan kepada generasi muda supaya mereka benar-benar menghayati pengisiannya. Pastikan budaya kunjung mengunjung terus terpelihara. Sebagai rakyat Malaysia kita mengalu-alukan tetamu tidak kira agama, bangsa dan ideologi mereka.

Inilah hasrat 1Malaysia, menjana transformasi dalam memajukan negara. Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab menegur, mendidik dan membimbing anak-anak kita. Walaupun mereka sudah dewasa, selagi kita bertenaga dan mampu berbicara, kita kembalikan semangat Aidilfitri yang sebenarnya dalam hidup mereka.

Jangan sesekali kita pula yang bersekongkol melenyapkan ketulenan dan kemuliaannya. Ketika masih terasa bahang sambutan kemerdekaan negara, seharusnya kita terus menyemarakkannya dengan menjadikan Aidilfitri jambatan perpaduan. Bagi penulis sebagai anak anggota polis, pengalaman menyambut Aidilfitri di seluruh pelusuk negara sukar dilupakan.

Walaupun zaman berubah dan teknologi semakin canggih, peluang bersua muka, berjabat salam dan menyingkap sejarah lalu amat berharga. Interaksi maya bukan pilihan terbaik dalam berbicara dan meluahkan rasa hati sesama manusia.

Khidmat SMS, Facebook, Twitter dan alat komunikasi lain mungkin cukup popular dalam menyampaikan pelbagai mesej tetapi masih gagal memberikan impak yang maksimum dalam berkomunikasi. Apatah lagi untuk menyelami keikhlasan seseorang dalam memohon maaf dan meluahkan perasaan dari hati yang suci.

Bukankah kasih sayang itu bermula dari mata dan akhirnya mekar harum di hati? Mana mungkin media alternatif menampung sentuhan hati yang terhasil melalui pertemuan sesama insan pada bulan kemenangan ini? Alangkah gembiranya ibu bapa yang menyambut kepulangan anak-anak dari perantauan. Kampung yang sunyi tiba-tiba meriah. Masjid yang lengang tiba-tiba penuh sehingga tidak cukup sejadah. Pusara yang rimbun dengan rumput dan lalang tiba-tiba bersih, harum serta dilimpahi berkat. Yang jauh kita dekatkan, yang bermusuh kita harmonikan.

Kalau dulu kita tak sempat berkunjung, maka pada bulan ini kita akan diterima tanpa prasangka dengan tangan terbuka. Kalau di bandar kena tunggu rumah terbuka atau pada hari tertentu saja, tidak begitu di kampung kerana selagi kudrat terdaya, teruslah beraya walaupun malam menjelma. Itulah kehebatan perayaan ini.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhannya.” Mari kita jadikan Aidilfitri ini permulaan kepada kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.

Kita laungkan takbir, tahmid dan tahlil di samping menyucikan hati daripada segala sifat keji, bongkak, sombong dan hasad dengki. Kita buktikan segala latihan dan tarbiah yang diperoleh sepanjang Ramadan benar-benar mengubah diri menjadi insan bertakwa.

Selepas berjaya berpuasa sebulan, kita diumpamakan pejuang yang kembali dari medan perang dengan kemenangan. Sebab itu selepas ucapan selamat hari raya, kita sertakan ucapan `minal aidil wal faizin’, seruan supaya kita kembali kepada fitrah penuh dengan kesucian dan kecemerlangan.

Penulis ialah pensyarah UiTM dan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Kategori:Isu

Maliki Presiden baru MBM

Januari 9, 2010 Tinggalkan komen
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my
MOHAMED Maliki Mohamed Rapiee (tiga dari kanan) bersama Mohd. Sukor Md. Yusof (empat dari kanan) pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia Ke-58, di Kuala Lumpur, semalam. Turut bersama ialah (dari kiri) Mohd. Azidi Aziz, Abdul Karim Mohamad, Irmohizam Ibrahim dan Low Eng Tack.

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee diisytiharkan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang baru setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan ahli jawatankuasa kerja MBM Sesi 2010-2012 yang diadakan di sini hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menidakkan beberapa spekulasi sebelum ini yang mendakwa akan berlaku saingan sengit empat penjuru bagi merebut jawatan berkenaan.

Selain kerusi Presiden, lima lagi jawatan yang sepatutnya dipertandingkan iaitu Timbalan Presiden, Pengerusi Tetap dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Bendahari Kehormat dipilih secara kompromi.

Ini sekali gus memperlihatkan tidak ada sebarang pertandingan bagi jawatan itu. Hanya jawatan Naib Presiden dan Exco sahaja yang dipertandingkan.

“Ia menunjukkan kematangan individu yang berada di dalam MBM. Secara keseluruhannya kami mementingkan aspek perpaduan dan tidak mampu lagi untuk berdepan dengan perpecahan.

“Kami percaya pemimpin perlu menunjukkan tauladan yang baik dan itulah yang kami lakukan. Ia secara tidak langsung menyemarakkan hubungan efisien dan efektif antara kami, para pemimpin belia,” kata Maliki ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Presiden MBM.

Pada pemilihan itu, seramai 371 perwakilan daripada 40 pertubuhan belia terlibat dengan sesi pengundian yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Kerusi Timbalan Presiden dimenangi bekas Presiden Penaja Gerakan Belia 4B, Mohd. Shukor Md. Yusof.

Sementara itu, jawatan Naib Presiden diisi oleh tiga nama iaitu Bendahari Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Abdul Karim Mohamad, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Perhubungan Awam Persekutuan Pengakap Malaysia, Irmohizam Ibrahim dan Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Low Eng Tack.

Pemilihan kali ini turut mencatat sejarah sepanjang 58 tahun penubuhan MBM apabila buat pertama kalinya golongan wanita diberi peluang menjawat jawatan Pengerusi Tetap.

Ia diisi oleh calon dari Majlis Belia Kelantan, Rohani Abu Hassan manakala Pergerakan Pemuda Malaysia menerusi wakilnya, Ng Chin Long diberi tanggungjawab sebagai timbalan Rohani.

Jawatan Setiausaha Agung disandang wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd. Zaidi Aziz sementara jawatan Bendahari kehormat diserahkan kepada G. Pramasivan dari Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia.

Sementara itu, Mohd. Shukor ketika ditemui berkata, barisan pemimpin kali ini menunjukkan kelainan apabila para pemimpin yang dipilih bukan terdiri daripada mereka yang memiliki latar belakang sebagai pemimpin politik.

Mengambil bekas Presiden, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong dan Datuk Seri Mohd. Khir Toyo, Ketua Pembangkang Selangor sebagai contoh, beliau memberitahu beliau dan Maliki merupakan individu yang bermula dari bawah dan telah lama merasai asam garam perjuangan MBM.

Kategori:Belia

PANDANGAN MEDIA UNTUK PAT MBM 2010

Januari 8, 2010 Tinggalkan komen

The Star, Wednesday January 6, 2010:

“The reason why I am willing to compromise is because the mood out there is that youth movements should be depoliticised. Both Maliki and I are non-politicians with a history in youth organisations,” said Sukor.

Berita Harian,Jumaat 8 Jan 2010

Mohd Sukor Md Yusof juga menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden

Apa yang penting sekarang adalah perjuangan Belia yang tiada nokhtah

Insya-Allah!

Kategori:Belia

PERASAAN HASAD DENGKI DAN NILAI SEORANG SUKARELAWAN

Disember 30, 2009 Tinggalkan komen

Telah menjadi sunnatullah, setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemuanya ini telah menjadi qadha Allah dan ketentuanNya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmatNya terhadap hamba-hambaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.

Dalam memelihara keimanan dan tingkah laku kita sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita berasa senang dengan kesenangan dan kelebihan yang diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi, apa yang sering kita lihat, sejak dari zaman Nabi Adam lagi hingga sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini, jika tidak dirawati, lama kelamaan akan membawa padah yang amat buruk pada diri manusia itu sendiri dan pada masyarakat sekelilingnya.

Allah s..w.t telah menjelaskan kenyataan ini melalui firmanNya di dalam surah Ali-Imran, ayat 120, Yang bermaksud:

“Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.”

Baca selanjutnya…

Kategori:Belia