Arkib

Arkib Pengarang

MBM tumpu perkongsian pintar 3K

Disember 29, 2009 1 komen

Sisipan Pilihan :

BERSAMA Naib Presiden MBM, Azizuddin Ahmad

Baca selanjutnya…

Kategori:Belia

Menyelami Partisipasi Politik Belia

Sumber: Saifuddinabdullah on: Julai 1, 2009

Pada 4 Julai 2009, genaplah 100 hari saya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dalam tempoh itu, tema utama yang saya bincangkan ialah partisipasi belia dalam politik. Antara topik yang sering timbul ialah sokongan belia terhadap BN, Presiden US Barack Obama dan calon Presiden Iran Mir Hossein Mousavi, serta politik kampus.

Perbincangan ini timbul melalui pelbagai cara: dalam mesyuarat, dialog dengan khalayak ramai, diskusi kumpulan kecil, sembang petang yang santai, e-kumpulan, emel, laman web, blog, facebook dan sebagainya.

Di sebalik segala perbincangan tersebut, saya berpendapat bahawa kita belum memahami sepenuhnya realiti sebenar partisipasi politik di kalangan belia. Setakat keputusan satu pilihan raya umum serta kajian dan statistik yang terhad, walaupun iadapat menerangkan sebahagian daripada apa yang telah berlaku, tetapi ia tidak dapat menerangkan secara tepat akan kedudukan dan realiti sebenar pada masa hadapan.

Baca selanjutnya…

Kategori:Belia

PERASAAN HASAD DENGKI DAN NILAI SEORANG SUKARELAWAN

Kategori:Motivasi

Hari Belia Negara 2009 membawa konsep 1Belia 1Malaysia

Dataran Pahlawan, Melaka

Dataran Pahlawan, Melaka

Melaka, 15 Mei – Konsep 1Belia 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2009 diyakini mempu memperkasakan golongan belia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd. Yassin berkata konsep itu menekankan hubungan lebih erat di kalangan pemimpin negara dan kerajaan adalah bertujuan melihat golongan belia turut memainkan peranan utama dalam memajukan Malaysia.

“Saya percaya dengan konsep dan pendekatan yang akan digunakan nanti, ia akan menaikkan martabat dan kedudukan belia pada tahap yang lebih tinggi daripada sebelum ini. Tambah beliau lagi, “Ini bermakna peranan belia akan menjadi lebih penting dalam dekad-dekad yang akan datang dan tentunya kita mengharapkan konsep 1Belia 1Malaysia akan mewujudkan gandingan mantap yang boleh membawa negara ke era masa depan yang lebih cemerlang.”

Baca selanjutnya…

Kategori:Belia

Rukun Negara Malaysia

Mei 8, 2009 1 komen
Kategori:Politik

Keperluan ilmu pada diriku..

Julai 17, 2008 1 komen

“Kita harus ada rasa cinta kepada ilmu sepanjang hayat. Belajar, belajar dan terus belajar. Apa salahnya dengan pembelajaran sepanjang hayat.

Itu kepada saya lebih penting daripada menonton segala SAMPAH yang ada di televisyen. Kalau hendak menonton televisyen setengah jam sehari tidak mengapa tetapi masa selebihnya harus digunakan untuk menambah ilmu”.

Pak UngkuProf. Diraja Ungku Aziz,

Utusan Malaysia, Ahad, 14 Ogos, 2005, m/s 9.

Kategori:Motivasi