Utama > Belia > MBM tumpu perkongsian pintar 3K

MBM tumpu perkongsian pintar 3K

Sisipan Pilihan :

BERSAMA Naib Presiden MBM, Azizuddin Ahmad

Majlis Belia Malaysia (MBM) kini kepada perkongsian pintar yang berlandaskan gerak kerja 3K iaitu Kepimpinan, Keusahawanan dan Kemahiran. Langkah ini dirangka secara berjadual untuk membolehkan MBM berfungsi sebagai pusat sumber maklumat belia seluruh negara. Belia dimaksudkan ialah mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun. Antaranya ialah pelajar sekolah menengah. Gagasan 3K itu dibuat untuk menjana dan melonjakkan pembangunan generasi muda mengikut acuan sendiri.

Sehubungan itu, wartawan Yo! Bazli Abdul Rahman menemu bual Naib Presiden MBM, Azizuddin Ahmad bagi mendapatkan sebahagian daripada gerak kerja 3K itu.

Yo!: Apakah matlamat gerak kerja 3K?

Azizuddin: Kita memberi tumpuan untuk menjadikan perkongsian pintar sebagai satu budaya paling aktif dalam MBM. Sebagai badan induk kepada 40 buah badan gabungan belia seluruh Malaysia, MBM perlulah mencipta dan menyumbang khidmat terbaik kepada ahli gabungannya di seluruh negara. Jika kita tidak mampu berfungsi sehingga ke tahap cemerlang, gemilang dan terbilang, ia akan dilihat hambar atau tidak berfungsi di tahap maksimum oleh ahli khususnya dan masyarakat amnya.

Yo!: Bagaimana perjalanan gerak kerja 3K itu?

Azizuddin: Kami sentiasa menjuruskan perhatian kepada pelbagai projek yang rangka kerjanya dibuat mengikut pelan bertindak yang telah dirangka secara tersusun. Pendekatan pertama kami ialah MBM berfungsi sebagai rakan kongsi kepada setiap program belia, tidak kiralah program tersebut berstatus kampung, bandar, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Melalui kaedah sedemikian, MBM boleh menerapkan gerak kerja 3K. Sebagai rakan kongsi, belia lebih mudah didampingi atas semangat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kita juga kenalah ingat bahawa belia sekarang merupakan mereka yang berpengetahuan tinggi iaitu masyarakat berkomputer. Golongan belia yang ada sekarang adalah individu yang dilahir dan dibesarkan dalam zaman serba canggih..zaman informasi teknologi maklumat (ICT)…zaman televisyen warna..bukan lagi zaman televisyen hitam putih seperti tahun 1960-an dan 1970-an dulu. Pendek kata, pendekatan yang wajar digunakan oleh MBM untuk mendampingi golongan ini mestilah dibuat secara tersusun agar matlamat kita benar-benar sampai kepada kumpulan sasar. MBM mengambil langkah itu kerana melalui pendekatan sebagai rakan kongsi kepada program belia MBM juga memberikan bimbingan kepada remaja untuk mengatasi pelbagai masalah semasa. Contohnya jika dahulu kampung yang ‘kawal’ budak-budak, tetapi sekarang sudah terbalik iaitu budak-budak pula yang ‘kawal’ kampung mereka sendiri.

Yo!: Apakah contoh terbaru gerak kerja 3K yang dikendalikan oleh MBM?

Azizuddin: Baru-baru ini Presiden MBM, Shamsul Anuar Hj Nasarah telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk seri Mohamed Khaled Nordin. Hala tuju perbincangan ialah untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia terutama lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS). Pemuafakatan telah dicapai untuk menggunakan pendekatan 3K. Dalam kes ini MBM akan menyampaikan peluang perniagaan dan kerjaya yang disediakan oleh kementerian itu kepada belia suluruh negara. MBM juga akan membantu belia terlibat mendapatkan peluang yang disediakan oleh kementerian berkenaan terutama berkecimpung secara aktif dalam bidang keusahawanan. Hasil perbincangan MBM dengan kementerian tersebut ternyata amat menggalakkan.

Yo!: Soal 3K dah jelas. Kita lihat pula kepada belia Melayu. Dari dulu lagi masih berstatus pekerja dan pembeli. apakah usaha MBM untuk mengubah senario itu?

Azizuddin:Saya tidak menafikan tradisi itu masih ada, tetapi perangkaannya semakin mengecil. Kajian MBM mendapati sudah ada petunjuk kegembiraan kepada pembangunan ekonomi masyarakat Melayu, terutama yang bermula sebagai belia. Salah satu petunjuk yang cukup menggembirakan ialah sudah wujud satu budaya baru di kalangan belia Melayu. Tidak kiralah belia kampung mahupun dibandar. Mereka semakin ghairah bersaing dalam dunia perniagaan. Itulah yang MBM banggakan. salah satu budaya niaga yang dimiliki oleh orang Melayu sekarang ialah menjual burger dan nasi lemak.MBm juga menurut membuat kajian mengenai perniagaan nasi lemak yang cuba dipasarkan oleh peniaga India Muslim terutama menerusi penjualan di restoran. Namun begitu, ia tidak mendapat sambutan sehebat nasi lemak yang dijual oleh orang Melayu. Pendek kata, perniagaan nasi lemak di Malaysia sudah dimonopoli oleh orang Melayu. Tinggal lagi, terpulanglah kepada usahawan Melayu itu sendiri bagaimana mereka boleh mengembangkan lagi perniagaan tersebut sehingga ke tahap komersial.

Yo!: Masalah belia. Satu daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah yang ponteng sekolah. Apa pendekatan MBM?

Azizuddin: Kaji selidik MBM menunjukkan masalah ponteng sekolah amat kecil. Budak-budak yang ponteng itu pula kami mendapati mereka memiliki sumber kewangan yang baik…cuma anak-anak ini tidak mendapat perhatian ibu bapa secukupnya. Mungkin emak dan ayahnya terlalu sibuk dengan kerjaya. Oleh sebab anak mereka kurang pengawasan..tetapi ibu bapa memberikan anak anak itu wang yang cukup…jadi pandai-pandailah anak anak terlibat membina kumpulannya sendiri. Contohnya, lihat sahajalah filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu Anak Ku Sazali. Siapa tak kenal Sazali? Dia anak orang kaya..hidup mewah. Itulah puncanya Sazali menjadi ketua samseng.

Untuk membasmi kes ini MBM bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan beberapa program seara berterusan. Untuk mengatasi masalah ini, caranya amat mudah iaitu pendidikan mestilah bermula di rumah..janganlah 100 peratus serah anak kepada cikgu dan sekolah sahaja sedangkan emak dan ayah ‘goyang kaki’ sahaja. Anak kita kenalah kita yang didik mereka mengikut acuan kita sendiri.

Yo!: Di Jepun sekarang belia lebih cenderung kepada ICT di rumah. Kesannya, mereka tidak gemar bermasyarakat. Wajarkah budaya itu diamalkan di Malaysia?

Azizuddin: Memamg itulah salah satu budaya baru di Jepun. Remaja mereka cenderung dengan budaya sistem pesanan ringkas (sms) dan chatting. Memang benar sekarang remaja di Jepun sudah semakin ramai tidak bertemu untuk bersosial. Mereka lebih cenderung berada di rumah termasuk untuk menonton filem menerusi cakera padat video (vcd), cakera digital video (dvd) dan permainan MP3. Di Malaysia, MBM mendapati budaya itu tidak wajar dicontohi. Kita memerlukan belia yang bermasyarakat..belia yang boleh membina modal insan untuk negara ini sendiri. Ini kerana negara kita mestilah mengikut auan kita sendiri dengan pelihara jati diri.

Wawancara diambil dari sisipan Yo!, Utusan Malaysia, Sabtu, 21 Oktober 2006

Kategori:Belia
  1. Mei 20, 2013 at 10:18 pm

    ll see much better results with this diet
    plan than you would with others that use some generic formula to calculate your nutrient needs.
    Many people wish to increase their lean muscle mass and create your toned, developed body
    that is not only aesthetically attractive, but strong and healthy additionally.
    Who is this Somanabolic Muscle Maximizer Training Software Designed For.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen